TNB mampu juarai gelaran MHL: Zaini

Penolong pengurus pasukan TNB, Nor Saiful Zaini Nasaruddin (kiri) bergambar bersama Piala Sumbangsih MHL bersama jurulatih KLHC, K Dharmaraj (paling kanan). Turut bersama ialah kapten kedua-dua pasukan Mohd Amin Rahim (TNB) dan Mohd Razie Rahim (KLHC).

Skuad Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak akan memberi laluan mudah kepada lawan pertama mereka dalam kejohanan Liga Hoki Malaysia (MHL), Terengganu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.